PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Program Latihan Pembangunan Perniagaan ini menumpukan kepada peningkatan kemahiran serta pertumbuhan perniagaan (upscaling skills and business growth for existing SMEs) di bawah bimbingan KPDN.

Program/aktiviti latihan yang dirancang ini memfokuskan kepada inisiatif serta usaha bagi mengenalpasti potensi syarikat-syarikat khususnya dalam industri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang mempunyai produk untuk dikembangkan ke pasar raya besar asing di negara ini seperti Aeon Co., Aeon Big, Lotus’s, Giant, Lulu, pasar raya besar lain dan kedai serbaneka serta saluran pasaran peruncitan domestik yang lain dengan tema “Access to Retail”.


Bidang dan modul latihan yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan menyokong kepada pelaksanaan Inisiatif Penembusan Produk Tempatan ke sektor peruncitan. Penglibatan penawaran dan penyertaan juga adalah khusus kepada PMKS yang memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.