• PEMOHON YANG LAYAK

    Pemohon yang layak merujuk kepada pengilang yang memenuhi syarat permohonan dan kriteria Penandaan Logo Barangan Malaysia.

  • YURAN PERMOHONAN

    Tiada sebarang yuran permohonan atau fi dikenakan kepada permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia.

  • SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

    • Hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan badan-badan berdaftar yang lain;
    • Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
    • Produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pengilangan; dan
    • Memenuhi kriteria Logo Barangan Malaysia.

  • UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN TERPAKAI

    Sijil kelulusan penandaan Logo Barangan Malaysia ini adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730]. Penggunaan mana-mana Logo Barangan Malaysia tanpa kebenaran atau pun setelah tamat tempoh kelulusan boleh dikenakan tindakan.

  • PEMBATALAN KELULUSAN

    Kementerian ini BERHAK menarik balik atau membatalkan kelulusan penandaan Logo Barangan Malaysia ke atas produk yang telah diberikan, sekiranya berlaku pelanggaran terhadap syarat-syarat pemakaian dan penandaan Logo Barangan Malaysia atau pemalsuan maklumat semasa permohonan.

  • TEMPOH SAH LAKU KELULUSAN

    Tempoh sah pemakaian Logo Barangan Malaysia adalah tiga (3) tahun dari tarikh sijil kelulusan dikeluarkan.