INFO KORPORAT PORTAL KBBM

 

Portal Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan platform yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tujuan memperkenalkan inisiatif Kementerian dalam mempromosi barangan Malaysia secara amnya dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) secara khususnya. Melalui Portal ini, masyarakat dapat memperoleh maklumat berkaitan KBBM termasuk perincian tentang pelaksanaan inisiatif, bahan promosi seperti video, poster dan artikel serta rakan kerjasama strategik Kementerian bagi Kempen ini.
 

Di samping menjadi platform advokasi dan promosi KBBM, Portal ini turut mengetengahkan inisiatif-inisiatif KPDN dalam membantu perniagaan terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah bimbingan KPDN dalam menembusi pasaran peruncitan serta penandaan Logo Barangan Malaysia yang mana entiti perniagaan boleh mendaftar dan mengemukakan permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia. Portal KBBM juga berfungsi sebagai one stop centre untuk orang ramai mendapat maklumat berkaitan dengan kepenggunaan seperti Anugerah Kedai Harga Patut serta industri Francais.

 

#BarangBaikBarangKita