SOALAN LAZIM


1. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan Penandaan Logo Barangan Malaysia?

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan berdasarkan kategori produk:

a) Produk makanan dan minuman

  1. Sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Agama Islam Negeri;
  2. Surat Pengkelasan Produk daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Makanan (KKM);
  3. Surat Semakan dan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM;
  4. Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada BKKM, KKM;
  5. Sijil Good Manufacturing Practise (GMP) daripada Agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  6. Sijil Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) daripada Agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  7. Salinan Borang Kastam Nombor 2 (K2) bagi produk yang dieksport.
     

b) Produk kosmetik dan farmaseutikal

  1. Notification Note (NOT) daripada NPRA, KKM
     

c) Produk Peranti Perubatan

  1. Lesen Establismen daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (Medical Device Authority (MDA)), KKM;
  2. Sijil Pendaftaran Peranti Perubatan, MDA, KKM
     

d) Produk Elektrik dan Elektronik

  1. Pensijilan Barangan daripada SIRIM;
  2. Sijil pengesahan keselamatan/kualiti produk daripada Agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
     

2. Adakah dokumen kewangan (Invois/DO/Resit) wajib dikemukakan?

Dokumen kewangan adalah tidak wajib dikemukakan kecuali bagi permohonan yang memerlukan penelitian lanjut dan lawatan verifikasi ke kilang.
 

3. Adakah lawatan verifikasi kilang akan diadakan bagi setiap permohonan?

Tidak. Lawatan verifikasi ke kilang hanya akan diadakan sekiranya perlu.
 

4. Adakah sampel produk perlu dihantar bagi permohonan Logo Barangan Malaysia?

Tidak perlu, pemohon hanya perlu memuat naik gambar produk dan artwork pembungkusan yang jelas dalam sistem semasa permohonan.


5. Bagaimanakah cara penentuan kos bahan mentah bagi SKU?

Ilustrasi penentuan nilai kos bahan mentah adalah seperti berikut:

Syarikat JUICE Sdn. Bhd. telah memohon penandaan Logo Barangan Malaysia bagi SKU air minuman Jus Durian Belanda 325ml. Kos bagi menghasilkan 5,000 unit SKU air minuman Jus Durian Belanda 325ml adalah merangkumi:

 

Bil.

Jenis Kos

Amaun (RM)

a.

Kos buruh

1,500

b.

Kos bahan mentah

3,000

c.

Kos overhed

4,000

Jumlah

8,500

 

 Manakala komposisi bahan mentah adalah seperti berikut:

 

Bil.

Komposisi Bahan Mentah

Nilai Kos Bahan Mentah

(RM)

  1.  

Pati Durian Belanda

1,310.00

  1.  

Gula

760.00

  1.  

Air yang dirawat

380.00

  1.  

Pengawet

550.00

JUMLAH

3,000.00


Peratusan nilai kos bahan mentah bagi SKU air minuman Jus Durian Belanda 325ml adalah dikira berdasarkan jumlah kos bahan mentah keseluruhan seperti berikut:
 

      Nilai kos bagi setiap komposisi bahan mentah  (RM)

____________________________________________   X 100

                      RM 3,000
 

6. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh syarikat sekiranya berlaku perubahan pada pembungkusan produk yang telah diberi kelulusan dalam tempoh kelulusan 3 tahun?

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada pembungkusan selepas kelulusan, pihak syarikat hendaklah memaklumkan kepada pihak Kementerian secara bertulis serta mengemukakan artwork pembungkusan produk/SKU terkini melalui emel kepada [email protected] .

Pihak syarikat juga perlu memastikan pembungkusan baharu produk mematuhi syarat-syarat pelabelan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.


7. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh syarikat sekiranya terdapat penambahan SKU baharu untuk jenama produk yang telah diluluskan?

Kelulusan Penandaan LBM adalah berdasarkan SKU dengan mengambil kira spesifikasi produk seperti saiz produk dan kandungan bahan mentah. Kelonggaran kelulusan diberikan bagi produk yang mempunyai kandungan bahan mentah yang sama tanpa mengambil kira elemen berat atau saiz pembungkusan.

Sekiranya terdapat penambahan SKU dengan perbezaan pada kandungan bahan mentah yang telah mendapat kelulusan Logo Barangan Malaysia sebelum ini, maka pihak syarikat perlu mengemukakan permohonan baharu bagi pertambahan SKU tersebut.

Contoh 1: Syarikat B telah mendapat kelulusan Logo Barangan Malaysia pada bulan April 2022 bagi Susu kotak JK berperisa asli (400gm). Kemudian, Syarikat B telah mengeluarkan SKU baharu iaitu Susu kotak JK berperisa pisang (400gm) pada bulan Julai 2022. Disebabkan pertambahan SKU ini melibatkan penggunaan pisang sebagai bahan mentah tambahan, maka Syarikat B perlu mengemukakan permohonan penandaan Logo Barangan Malaysia yang baharu bagi Susu kotak JK berperisa pisang (400gm) tersebut.
 

Contoh 2: Sardin jenama XY (250 gram) telah mendapat kelulusan Logo Barangan Malaysia pada bulan Januari 2022. Kemudian, pihak Syarikat A telah mengeluarkan SKU baharu iaitu Sardin jenama XY (500 gram) pada bulan Jun 2022. Memandangkan Sardin jenama XY (250 gram) dan Sardin jenama XY (500 gram) mengandungi bahan mentah yang sama dan hanya saiz pembungkusan yang berbeza, maka Syarikat A tidak perlu mengemukakan permohonan baharu bagi SKU tersebut.
 

8. Adakah Sijil Logo Buatan Malaysia sedia ada masih terpakai selepas pelaksanaan pensijilan penandaan Logo Barangan Malaysia?

Sijil Logo Buatan Malaysia sedia ada masih terpakai sehingga tamat tempoh kelulusan sijil tersebut.
 

9. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh syarikat sekiranya sijil penandaan Logo Barangan Malaysia hilang ataupun sijil asal tidak diterima?

Pihak syarikat yang mempunyai masalah sijil penandaan Logo Barangan Malaysia hilang ataupun sijil asal tidak diterima, hendaklah melaporkan kehilangan kepada pihak Kementerian dengan menghantar emel kepada [email protected] dengan menyatakan maklumat permohonan serta maklumat syarikat. Salinan sijil akan dicetak semula dan dihantar kepada pihak syarikat setelah semakan dibuat.