Hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan badan-badan berdaftar yang
lain.
Mempunyai lesen operasi yang masih sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti pengilangan.
Memenuhi kriteria Logo Barangan Malaysia.
PROGRAM ACCESS TO RETAIL
ANUGERAH KEDAI HARGA PATUT (AKHP)
Melalui pengiktirafan ini, Anugerah Kedai Harga Patut
diberikan kepada para peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang
diberikan kepada pengguna memenuhi kehendak dan keperluan pengguna pada harga yang berpatutan.